Larangan buku tidak munasabah – mahkamah: Utusan Malaysia

Larangan buku tidak munasabah – mahkamah

PUTRAJAYA 27 Julai – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan larangan terhadap pengedaran buku Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism adalah tidak munasabah kerana buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Wahab Patail yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Mahkamah Tinggi, Mah Weng Kwai memutuskan demikian sewaktu menolak rayuan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sehubungan itu, kuorum tersebut sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pengedaran buku berkenaan pada 31 Julai 2008.

Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman pertubuhan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS) untuk membatalkan larangan terhadap pengedaran buku itu.

This entry was posted in Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), Akta tentang penerbitan dan percetakan, Freedom of Expression, Freedom of Speech, Larangan buku tidak munasabah - mahkamah: Utusan Malaysia. Bookmark the permalink.