Mother kills baby in Malaysia: Does our law recognise post partum depression and infanticide????

Utusan Online

Wanita bunuh anak didapati tidak waras

KOTA BHARU 1 Dis. – Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu, terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia tidak waras.

Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia mengalami gangguan mental.

”Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah, kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,” kata hakim itu.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan daripada Sultan Kelantan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember tahun lalu.

Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah telah mendengar keterangan empat orang saksi.

Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.

Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai dilepaskan ke lantai.

Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 5 pagi.

Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

This entry was posted in Mother kills baby in Malaysia: Does our law recognise post partum depression and infanticide????. Bookmark the permalink.