Skim guru Kafa diteliti-Sinar Harian

Skim guru Kafa diteliti SEGAMAT – Kerajaan sedang meneliti satu skim perkhidmatan khusus untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) bagi menjamin masa depan dan kerjaya lebih baik untuk mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ketika ini guru Kafa berkhidmat secara kontrak dan memperolehi kemudahan hanya terdapat dalam senarai jadual kontrak. “Peluang dan kelebihan daripada skim tersebut (skim perkhidmatan khusus) seperti cuti bersalin, kemudahan hospital, pinjaman perumahan dan kenderaan dan soal-soal kebajikan yang lain yang menjamin masa depan mereka,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan guru Kafa, imam dan guru takmir Zon Selatan, di sini, semalam. Jamil Khir berkata, penelitian mendalam perlu dilakukan sebelum skim itu diperkenalkan kerana ia akan melibatkan syarat-syarat pengambilan. Beliau berkata skim itu tentunya berbeza dengan perkhidmatan kontrak yang lebih terbuka yang tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu. Katanya, skim cadangan itu perlu dikaji secara mendalam kerana sekiranya ditawarkan sekarang akan menyebabkan nasib guru yang tidak memenuhi syarat akan terjejas.: Katanya, setakat ini terdapat lebih 33,000 orang guru Kafa sedang berkhidmat di seluruh negara. Kajian bagi mewujudkan skim itu sedang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, majlis agama Islam negeri, jabatan agama Islam negeri dan Kementerian Pelajaran. Terdahulu, Jamil Khir berkata, kerajaan memperuntukkan lebih RM490,000 sebagai bayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kafa, guru takmir dan imam di seluruh negara pada tahun ini. – Bernama

 Commentary

An allocation of RM490,000 for 33000 guru KAFA, guru takmir, imam nationwide? RM490,000 divided with 33000 is equivalent to RM14.80 cent. The sum of less than RM14.80 per person  is being allocated to KAFA and takmir teachers as well as imams nationwide! Is this the worth of their service disseminating Islam to our children? Is this how much their service is worth? What price they pay for the sake of Allah! In rendering their service to Allah, they are not adequately remunerated. Be steadfast in rendering your service to Islam, Allah’s reward is priceless. May Allah bless your willingness to spread the teachings of Islam. Ya Allah belalah nasib Guru Kafa, Guru Takmir dan Imam yang ikhlas berbakti kepadaMu lagi bertaqwa Ya Allah. 

This entry was posted in Guru Kafa bergaji kecil?, Islam, Islam sebagai agama rasmi, Kafa, Pendidikan Islam, Peruntukan Belanjawan Pendidikan Islam. Bookmark the permalink.