Masalah masih belum selesai-Sinar Harian

Masalah masih belum selesai

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD – Tidak sampai seminggu laporan mengenai sistem perparitan tersumbat selepas projek Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) siap, penduduk sekali lagi berhadapan dengan masalah apabila parit yang dikorek oleh pihak bertanggungjawab mengundang pelbagai masalah.

Penduduk, Yap Kok Ping, 54, berkata, dia mengakui pihak yang bertanggungjawab turun padang selepas Sinar Harian melaporkan masalah penduduk berkenaan sekali gus mereka mengorek perparitan dan menunaikan janji mereka dengan membaikpulih laluan jambatan di rumah penduduk terlibat.

Bagaimanapun menurutnya, aktiviti berkenaan menyebabkan kebanyakan penduduk berhampiran IKBN berkenaan masih tidak berpuas hati apabila projek membaiki perparitan yang ada masih tidak sempurna dan dibuat tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Keadaan ini memberi masalah kepada penduduk apabila pihak yang bertanggungjawab cuba melepaskan tangan dan menganggap ianya sudah siap dan memenuhi permintaan penduduk.

“Perparitan yang dikorek sangat tidak sempurna sehingga menyebabkan pengaliran air gagal dilakukan di sepanjang perparitan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Yap Kok Ping, 54, berkata, dalam pada itu, ianya juga menyebabkan saliran air sekali lagi melimpah apabila ke dalam perparitan tidak sekata selain menjejaskan saliran air.

Menurutnya, permasalahan itu perlu diselesaikan mengikut kecekapan pihak bertanggungjawab terbabit bukannya memberi masalah sekali lagi kepada penduduk.

Dalam pada itu, Timbalan MCA Kuala Langat, Datuk Yap Chim Beng berkata, beliau sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengarahkan pihak bertanggungjawab terlibat membaiki perparitan berkenaan.

“Pihak JKR sendiri akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab untuk melihat semula keadaan perparitan untuk dibaik pulih,” katanya.

This entry was posted in Hak Penduduk, Jabatan Kerja Raya (JKR) and tagged . Bookmark the permalink.