Argentina perkenal undang-undang baru mesra tudung-Sinar Harian

Argentina perkenal undang-undang baru mesra tudung

BUENOS AIRES – Argentina memperkenalkan undang-undang baru yang memberi lebih kebebasan kepada rakyatnya yang beragama Islam untuk mengekalkan amalan tanpa dikenakan sebarang tindakan, semalam.

Parlimen negara itu menggubal akta tersebut yang membenarkan wanita Islam memakai tudung di tempat awam.

Menurut akta tersebut, wanita Islam juga dibenarkan menggunakan gambar bertudung di dalam kad pengenalan mereka.

Presiden Argentina, Cristina Fernandez berkata, beliau berharap negara bukan Islam lain mendapat mesej yang cuba disampaikan iaitu perbezaan kepercayaan dapat diatasi dengan cara baik.

Sebanyak dua peratus daripada populasi negara Amerika Selatan itu adalah penduduk beragama Islam

This entry was posted in Penganut Islam sebagai minoriti. Bookmark the permalink.