Kenapa Dato Seri Ali Rustam dikecam?

Iltizam Dato Seri Ali Rustam menubuhkan sekolah khas bagi ibu mengandung dikritik oleh Timbalan Menteri Pelajaran , Pertubuhan NGO serta pembangkang. Ada pula yang mengecam dan memandang sinis. Saya menganggap cadangan beliau sebagai suatu usaha membendung pembuangan bayi. Terdapat individu-individu yang sudah lama membuka rumah perlindungan untuk remaja yang hamil di luar nikah contohnya Rumah perlindungan KEWAJA. Justeru pembukaan sekolah dan rumah perlindungan buat remaja yamg mengandung tanpa nikah adalah pelaksanaan tanggung jawab sosial di peringkat kerajaan negeri yang turut sama berganding bahu dengan para individu tersebut yang membuka rumah perlindungan remaja mengandung tanpa nikah. Thus Dato Seri Ali’s action to save these women is merely extending the individual and personal effort of saving unmarried pregnant to that of the Malacca state government’s. Rather than letting individuals alone shoulder such huge responsiblily, Dato Seri Ali in his capacity as a Chief Minister shares the burden as well. Dato Seri Ali menangani realiti kehidupan yang memualkan ini secara pragmatik. Apabila bapa bayi lepas tangan dan keluarga remaja yang mengandung pula memulaukannya, ke manakah remaja malang tersebut dapat pergi mengadu? Ya nasi sudah menjadi bubur, kita tidak perlu menyalahkan remaja tersebut kerana berzina dan macam-macam kekhilafan yang dilakukannya lagi. Yang penting sekarang, remaja tersebut dan bayi dalam kandungannya memerlukan bantuan dan pembelaan………Justeru remaja tersebut tahu bahawa dia dapat memohon bantuan di rumah perlindungan yang disediakan oleh kerajaan negeri Melaka. Saya kecewa membaca kartun di dalam akhbar Harakah yang dikeluarkan oleh PAS (sebuah parti yang berlandaskan ajaran Islam) yang menyiarkan kartun bahawa anak-anak tidak sah taraf yang dilahirkan oleh remaja-remaja  yang tersilap langkah tersebut dibinkan atau dinasabkan kepada Dato Seri Ali Rustam. Astaghfirullah, adakah jenaka ini adab yang mulia dalam Islam? Kepada yang mengkritik lagi mengecam, sila tampil memberikan alternatif lain yang dapat menyelesaikan masalah ini. Talking semantics and drowning in polemics do not solve the malaise infesting our society today…..Walk your talk….. Stop ranting and pontificating…DO come up with long term solutions rather than exploiting this issue to gain political mileage!

I would like to highlight here a tragic news published by Harian Metro on 1st July 2009. Seorang bekas siswa UTM berusia 26 tahun ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semoga kita dapat mengelakkan tragedi ini berlaku lagi. AlFatihah.

1/7/2009

Tragedi di bilik asrama UTM

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

This entry was posted in Family Violence, Keganasan Pada Wanita, Keganasan Rumahtangga, Mengandung luar nikah, Sex before marriage and tagged , , , , . Bookmark the permalink.